YANG DI-PERTUAN AGONG KEKAL AKTIF MELALUI SUKAN BERKUDA

18 Jun 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menunggang kuda yang merupakan sebahagian daripada rutin kecergasan Seri Paduka Baginda pada waktu pagi.

Seri Paduka Baginda sememangnya amat meminati sukan berkuda, yang bukan sahaja mencerminkan kecekapan dan ketangkasan, malah menggalakkan gaya hidup sihat serta aktif.

Sultan Ibrahim bersiap seawal jam 6 pagi, sebelum menunggang kuda di Royal Johor Polo Club Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini (18 Jun).

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *