

.
π£ππ¦ππ₯ π£π¨π§ππ, ππ΄ ππ¨π‘ β Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Kelantan telah menggagalkan cubaan menyeludup masuk 24 peti rokok putih tidak bercukai pada 13 April lalu.
Pengarah Maritim Negeri kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad berkata, tangkapan kali ini adalah hasil maklumat risikan terdapat sebuah bot pancung bergerak dalam keadaan mencurigakan di sekitar muara Sungai Kelantan sekitar jam 9.00 malam.
Tambah beliau, Aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Naga 1/2024/ Op Damai Siri 33/2026/ Op Pelantar Merah 3/2023 Dan Op Tiris 4.0 telah diatur gerak ke muara Sungai Kelantan pada jam 9.10 malam.
Pencarian di sepanjang sungai telah menemukan bot tersebut dalam keadaan bergelap dan mencurigakan. Setelah mengikuti bot tersebut beberapa ketika bot yang disyaki akhirnya melarikan diri di lorong tikus. Namun pencarian oleh Aset Maritim Malaysia tetap diteruskan di sepanjang Sungai Kelantan.
Sekitar jam lebih kurang 10.02 malam Aset Maritim Malaysia telah menemui longgokan kotak berwarna coklat yang dipercayai rokok tidak bercukai kastam di tebing sungai Penambang, Kota Bharu. Aset Maritim Malaysia, kemudiannya merapat ke jeti kayu penduduk kampung untuk membuatkan pencarian disekitar 20 meter radius dari tebing sungai. Hasil dari pencarian tersebut, menemukan 3 buah kenderaan pelbagai guna yang telah ditinggalkan dan berisi muatan yang disyaki rokok putih yang tidak bercukai.
Beliau turut menyatakan bahawa, jumlah keseluruhan rokok yang ditemui adalah sebanyak 24 peti dan kesemuanya telah dirampas. Anggaran keseluruhan nilai rampasan bernilai kira-kira RM212,000.00 ribu. Kes akan disiasat mengikut akta kastam 1967 seksyen 135 (e) mengangkut dan memindah apa-apa barang berduti, tidak berkastam atau larangan. Kenderaan bersama muatan rokok itu, kemudiannya ditahan dan diiringi ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.
.
