
WASHINGTON, 26 JUN – Israel tidak meletakkan ketetapan masa untuk mengundurkan tenteranya dari Lubnan, Gaza dan Syria.
Kenyataan itu ditegaskan negara haram berkenaan dalam rundingan untuk menghentikan konflik di Asia Barat di Washington pada Khamis.
Israel menggunakan isu keselamatan sebagai alasan untuk kekal meletakkan tentera di negara tersebut.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan tenteranya akan terus berada di selatan Lebanon selama mana yang diperlukan termasuk diberikan kebebasan penuh untuk bertindak.
Terdahulu, melalui Amerika Syarikat, wakil Lubnan dan Israel mengadakan rundingan secara langsung di Washington sejak April lalu.
Pusingan rundingan terkini berlangsung tiga hari dan berakhir pada Khamis.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio berkata kedua-dua negara jiran itu hampir mencapai satu persetujuan untuk melakukan gencatan senjata. – AFP
Sumber : Berita Jendela Madani
