
26 Jun 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan perpisahan daripada ulama besar Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani, yang kini berada di Malaysia sejak sebulan lalu bagi memimpin beberapa siri majlis ilmu dan zikir di beberapa lokasi.
” Justeru, bersempena Hari Asyura, yang juga jatuh pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya turut memohon agar Sheikh menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat, keamanan negara, serta semoga Malaysia terus dikurniakan rahmat, keberkatan dan perlindungan Allah SWT, ” kata PMX yang dikongsi dalam laman sosial beliau hari ini.
