
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh integriti dokumen perjalanan negara menerusi pengenalan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Struktur Baharu yang dilengkapi 94 ciri keselamatan baharu, hampir dua kali ganda berbanding 49 ciri pada pasport sedia ada. Inisiatif ini memastikan pasport Malaysia kekal sebagai dokumen perjalanan yang lebih selamat, sukar dipalsukan dan terus diyakini di peringkat antarabangsa.
โKeselamatan dokumen perjalanan negara adalah keutamaan Kementerian Dalam Negeri. Pasport Malaysia Antarabangsa struktur baharu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk melindungi identiti rakyat melalui teknologi keselamatan bertaraf dunia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
PMA Struktur Baharu menampilkan pelbagai teknologi keselamatan moden, antaranya:
โ 94 ciri keselamatan baharu, merangkumi elemen visual, tersembunyi dan forensik bagi memperkukuh perlindungan terhadap pemalsuan serta penyalahgunaan dokumen.
โ Penggunaan teknologi keselamatan terkini seperti Guilloche, Latent Image, Rainbow Printing, Line Width Modulation, Hologram dan Cetakan Ultraviolet (UV) yang sukar ditiru.
โ Dibangunkan mengikut piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO) bagi memastikan pasport Malaysia terus memenuhi standard keselamatan global.
โ Memperkukuh keyakinan komuniti antarabangsa terhadap integriti dokumen perjalanan Malaysia serta memudahkan urusan perjalanan rakyat ke luar negara.
