Kebakaran Menara Komunikasi di Padawan: MCMC Laksana Tindakan Segera

PADAWAN, 3 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera susulan kebakaran sebuah menara komunikasi komersial milik Sacofa Sdn. Bhd. di Kampung Semaru, Padawan, Kuching yang berlaku pada 1 Julai lalu.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 6.00 petang itu menjejaskan kira-kira 1,000 pengguna di sekitar Kampung Semaru, Kampung Biya Parang, Kampung Sapit, Kampung Kiding, Kampung Pesang dan Kampung Subang. Pengguna dijangka mengalami gangguan liputan rangkaian serta sambungan komunikasi yang tidak konsisten.

Menurut MCMC, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa. Sebagai langkah segera, penyedia perkhidmatan telah diarahkan mengoptimumkan liputan rangkaian sedia ada di kawasan berhampiran serta mengoperasikan Portable Base Transceiver Station (PBTS) bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan komunikasi sementara kerja pemulihan dijalankan.

Sepanjang tempoh pemulihan, pengguna yang terjejas disaran menggunakan kemudahan di NADI Kampung Darul Islam Belimbing, NADI Kampung Bengoh dan NADI Kampung Braang Bayur untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan komunikasi serta kemudahan digital.

MCMC memaklumkan akan terus memantau situasi dan bekerjasama rapat dengan Sacofa Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan serta agensi berkaitan bagi mempercepatkan usaha pemulihan supaya perkhidmatan komunikasi kepada pengguna dapat dipulihkan sepenuhnya secepat mungkin.

Sorotan Berita : Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *