PRN: Kekerapan ETS ke Johor ditambah, galak orang ramai mengundi

MUAR, 2 Julai – Penambahan kekerapan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke Johor, antara beberapa inisiatif yang diambil bagi menggalakkan orang ramai pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penambahan kekerapan itu akan melibatkan tarikh perjalanan bagi tempoh 10 hingga 12 Julai 2026.

“Kementerian Pengangkutan telah mengambil beberapa langkah seperti Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menambah kekerapan perjalanan ETS dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Bagi mereka yang pulang daripada Singapura, boleh naik ETS balik ke Segamat, Labis dan lain-lain lokasi. Manakala, dari utara pula, boleh juga naik ETS balik mengundi boleh ” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Majlis Makan Malam Amal di sini, hari ini.

Sebelum ini, KTMB menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menyediakan tambahan ETS ke negeri selatan tahan air itu sempena PRN Johor.

Jualan tiket kini dibuka melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman online.ktmb.com.my atau mesin kios tiket KTMB.

Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *