Perdana Menteri Semarakkan Pelaksanaan KIBAR Peringkat Negeri Johor 2026

JOHOR BAHRU, 4 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Johor 2026 di Blok 13, Taman Melor, Tampoi sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa golongan belia di peringkat akar umbi.

Program itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

KIBAR merupakan inisiatif KBS yang menampilkan pendekatan lebih segar, inklusif dan berimpak tinggi bagi memperkukuh penyertaan belia, khususnya belia yang tidak berpersatuan. Program ini turut membuka ruang kepada belia menyampaikan aspirasi secara langsung kepada kepimpinan negara serta meningkatkan kesedaran terhadap pembangunan negara.

Johor menjadi destinasi keempat penganjuran KIBAR selepas Selangor, Sarawak dan Melaka, dengan keseluruhan 17 siri program dijadualkan di seluruh negara bagi memastikan penyertaan belia meliputi kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

Antara pengisian utama KIBAR Johor ialah Town Hall bersama Menteri Belia dan Sukan, sesi interaktif bersama JBS Negeri Johor, perkongsian belia berpersatuan, debat santai kepimpinan, Jualan Agro MADANI, pertandingan sukan elektronik serta pelbagai aktiviti sukan rakyat. KBS berharap program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan belia yang progresif, inklusif dan berdaya tahan selaras dengan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 dan Pelan Tindakan Pembangunan Belia 2035.

Sorotan Berita: Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *