Australia-Fiji kukuh kerjasama pertahanan

SYDNEY, 6 Julai – Australia dan Fiji hari ini menandatangani kerjasama pertahanan bersejarah yang mewajibkan kedua-dua negara saling membantu sekiranya berlaku serangan terhadap mana-mana pihak.

Perjanjian yang dikenali sebagai ‘Ocean of Peace Alliance’ itu merupakan perikatan pertama bagi Fiji, sekali gus menjadikannya hanya sekutu keempat rasmi bagi Australia selepas United States, New Zealand dan Papua New Guinea.

Fiji pula kini memasuki era baharu hubungan strategik apabila menjadi sebahagian daripada rangkaian sekutu pertahanan utama di rantau Pasifik.

Perjanjian itu dimeterai ketika Australia memperkukuh kehadiran diplomatik dan keselamatan di Pasifik, termasuk beberapa hari selepas menandatangani perjanjian keselamatan dengan Vanuatu, yang menetapkan Australia sebagai rakan keselamatan dan kepolisan pilihan negara itu.

Selain kerjasama pertahanan, kedua-dua negara turut menandatangani ‘Vuvale Union’ yang memperluas hubungan ekonomi serta keselamatan antara Australia dan Fiji, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama strategik di rantau berkenaan.-REUTERS

Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *