Pembinaan negara bangsa perlu untuk angkat martabat negara – PM Anwar

7 Julai 2026

Perdana Menteri berkata, pembinaan negara bangsa menuntut usaha melahirkan insan yang berjati diri, berintegriti dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Katanya, usaha itu tidak lain demi untuk mengangkat martabat Malaysia.

Perkara itu ditekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di pejabatnya.

“Adalah penting menekankan kepentingan penerapan nilai kenegaraan agar semangat cintakan negara terus subur dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam catatan di Facebooknya berkaitan mesyuarat yang dipengerusikannya itu.

Di samping itu, menurut Anwar lagi, beliau turut mendengar taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Katanya, program itu menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan serta mendapat sambutan amat baik daripada peserta dan ibu bapa.

Malah, tambah beliau, program itu wajar terus diperkasa sebagai wadah membina jati diri, disiplin serta ketahanan rakyat.

Perdana Menteri juga memaklumkan, peranan Felo Kenegaraan turut diketengahkan yang menghimpunkan tokoh dan negarawan daripada pelbagai latar belakang untuk menyumbang idea bagi memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *