



9 Julai 2026
Selepas acara Sambutan Rasmi Tuan Yang Terutama Anutin Charnvarikul, Perdana Menteri Thailand dan isteri Madam Thananon Niramit di Kompleks Bunga Raya, Datok Seri Wan Azizah Wan Ismai berkesempatan membawa Madam Thananon Niramit menaiki cruise tasik bagi menikmati pemandangan sekitar Putrajaya.
Kemudian mereka menyaksikan demonstrasi mencanting batik di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya oleh pihak Kraftangan Malaysia turut diperlihatkan kepada Madam Thananon Niramit dan delegasi.
Beliau turut menunjukkan bakat mewarna batik pada sesi tersebut.
Semoga lawatan ini terus mengukuhkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand, serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama demi manfaat kedua-dua negara dan rakyat.
Sorotan : Berita Jendela Madani
