PMX sempurnakan majlis perasmian Jajaran Baharu bersama PM Anutin

10 Julai 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul hari ini menyempurnakan majlis perasmian jajaran jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand, sempena hari kedua lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand ke Malaysia.

Turut hadir, Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *