
14 JULAI 2026
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah
mengampuni perkenan pelantikan lima (5) orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu
dalam satu Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan yang berlangsung di Istana Negara pada hari ini.
Istiadat tersebut telah dihadiri YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri,
dan YBhg. Tan Sri Amran bin Mohamed Zin, Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
Maklumat
Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik tersebut adalah seperti berikut:
TYT Dato’ Muzafar Shah bin Mustafa
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia
Dato’ Muzafar Shah bin Mustafa dilahirkan di Perak dan merupakan graduan Sarjana dalam bidang
Antarabangsa Dalam Integrasi Serantau, Universiti Malaya.
Beliau ditempatkan di Kementerian Luar
Negeri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1995.
Sebelum pelantikan terbaharu ini,
beliau memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India sejak tahun 2023.
Beliau pernah ditauliahkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Mexico dan Venezuela, serta pernah
ditugaskan di Kedutaan Besar Malaysia di Berlin dan di Baghdad.
Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Bahagian di Bahagian
Kewangan, Timbalan Ketua Protokol dan Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar &
Strategik.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Asia Barat dan di Sekretariat Kebangsaan ASEAN-
Malaysia.
TYT Jamal Sharifuddin bin Johan
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Sosialis Vietnam
Jamal Sharifuddin bin Johan dilahirkan di Kuala Lumpur dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera dalam
Hubungan Antarabangsa, The University of Sheffield, England.
Beliau ditempatkan di Kementerian Luar
Negeri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2000.
Sebelum pelantikan terbaharu ini,
beliau memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Mexico sejak tahun 2023.
Beliau pernah bertugas selaku Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu di New York serta di perwakilan diplomatik Malaysia di Pyongyang dan Berne.
Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Bahagian di Bahagian Politik
Pelbagai Hala, Timbalan Ketua Pengarah di Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia serta pernah
bertugas di Bahagian Asia Tenggara.
TYT Muhammad Radzi bin Jamaludin
Bakal Duta Besar Malaysia ke Mexico
Muhammad Radzi bin Jamaludin dilahirkan di Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan
Antarabangsa (Kepujian) dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat.
Beliau ditempatkan di Kementerian
Luar Negeri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2000.
Sebelum pelantikan terbaharu ini,
beliau merupakan Duta Besar Malaysia ke Cuba sejak tahun 2023.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
Singapura.
Beliau pernah ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Ottawa, serta Kedutaan Besar
Malaysia di Berlin, Santiago, dan Lagos.
Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Protokol dan Setiausaha
Bahagian Konsular.
Selain itu, beliau pernah ditugaskan di Direktorat Eropah, Amerika & Afrika, serta
Bahagian Asia Tenggara dan Bahagian Kewangan.
TYT Dato’ Shahabudeen bin Adam Shah
Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Itali
Dato’ Shahabudeen bin Adam Shah merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan graduan
Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau ditempatkan di Kementerian Luar Negeri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2002.
Sebelum pelantikan terbaharu ini, beliau merupakan Duta Besar Malaysia ke Maghribi sejak tahun 2023.
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia di
Kaherah.
Beliau juga pernah berkhidmat di perwakilan diplomatik Malaysia di Washington, D.C. dan di
Amman.
Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian di Bahagian
Pembangunan dan Bahagian Asia Barat serta pernah bertugas di Bahagian Amerika, Bahagian Timur
Tengah & Afrika Utara, dan Bahagian Eropah & Asia Tengah.
TYT Edi Irwan bin Mahmud
Bakal Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Maghribi
Edi Irwan bin Mahmud merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan merupakan graduan Sarjana
dalam bidang Pemasaran dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau ditempatkan di Kementerian Luar Negeri
sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2001.
Sebelum pelantikan terbaharu ini, beliau
merupakan Duta Besar Malaysia ke Laos sejak tahun 2023.
Beliau pernah ditauliahkan sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Perth, serta berkhidmat perwakilan
Malaysia di Suva, Hanoi dan Sana’a.
Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Protokol dan Timbalan
Ketua Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar & Penyelarasan serta pernah berkhidmat di Jabatan
Penerangan dan Diplomasi Awam, Bahagian Afrika & Selatan Sahara dan Bahagian Asia Timur.
PUTRAJAYA
14 JULAI 2026
