


New York, Amerika Syarikat, 16 Julai – Presiden Perhimpunan UN-Habitat (UNHA) telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York semalam.
Perbincangan tertumpu kepada strategi tindakan UN-Habitat dalam membantu Negara-Negara Anggota merapatkan jurang pelaksanaan New Urban Agenda (NUA) serta memastikan inisiatif UN-Habitat selari dengan fokus tematik Presidensi Malaysia bagi sesi 2026–2027.
Dalam pertemuan tersebut, YBM turut mencadangkan agar Pejabat Pengarah Eksekutif UN-Habitat dan Pejabat Presiden UNHA menjalinkan kerjasama yang lebih erat bagi memperkukuh pelaksanaan agenda perbandaran global.
Cadangan ini disambut baik sebagai langkah strategik ke arah memperkukuh pelaksanaan agenda perbandaran global yang lebih inklusif, mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan komuniti bandar di seluruh dunia.
