





15 JULAI 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, meraikan 700 pelajar Wilayah Persekutuan daripada keluarga yang memerlukan menerusi program A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation.
Program ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yang memerlukan, malah menjadi lambang keprihatinan, kasih sayang dan komitmen pelbagai pihak dalam membantu membentuk masa depan generasi muda yang lebih cerah.
Penghargaan turut dizahirkan kepada ERM Foundation atas usaha murni menganjurkan program yang memberi manfaat besar kepada masyarakat.
SUASANA PENUH KECERIAAN
Dalam program tersebut, anak-anak turut diraikan melalui sambutan hari lahir yang berlangsung dalam suasana penuh kegembiraan dan kemesraan.
Keceriaan yang terpancar pada wajah mereka mencerminkan nilai kebersamaan, keprihatinan dan harapan untuk membina masa depan yang lebih baik.
Perdana Menteri turut menasihati para pelajar agar menjadikan ilmu, akhlak dan ihsan sebagai panduan hidup.
Beliau menekankan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, tetapi juga melalui pembentukan sahsiah, penghormatan kepada ibu bapa dan guru, serta kesediaan berbakti kepada masyarakat dan negara.
Kerajaan MADANI akan terus memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan yang seimbang melalui usaha memperkukuh pendidikan, kebajikan dan peluang kepada generasi muda. Pendekatan ini penting bagi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing dan mampu memimpin negara pada masa hadapan.
Sumber: Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Sorotan Berita Jendela Madani
