
YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur merupakan anakanda yang kelima pasangan ayahanda Bustamam Bin Daud dan bonda Aziyah Binti Abdul Aziz.
YAM Che’ Puan Mahkota mendirikan rumahtangga bersama DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada 24 Oktober 2014 dan dikurniakan lima cahaya mata.
YAM Che’ Puan Mahkota merupakan Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Badminton Negeri Johor.
YAM Che’ Puan Mahkota juga sentiasa mengutamakan serta mengambil pelbagai inisiatif dalam menangani isu berkaitan penderaan kanak-kanak, penderaan seksual kanak-kanak serta pengabaian di negara ini.
Selain merupakan Penaung DiRaja Persatuan Celebral Palsy Johor dan Program Tindak Demi Anak Kita (TinDak) serta Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.
