Polis Siasat Dakwaan Pengabaian Kanak-Kanak Di Sebuah TADIKA

LANGKAWI, 17 Julai –

Polis sedang menyiasat dakwaan pengabaian kanak-kanak di sebuah tadika di Langkawi susulan laporan yang dibuat selepas kes itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata, laporan itu dibuat oleh seorang bekas guru yang telah diberhentikan kerja di tadika berkenaan pada Rabu lalu.

Beliau berkata, antara dakwaan yang dikemukakan ialah kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa tilam, selain beberapa daripada mereka didakwa pernah dikunci di dalam tandas.

Setakat ini, katanya, siasatan mendapati tiada ibu bapa tampil memaklumkan anak mereka mengalami kecederaan atau sebarang kesan fizikal.

Siasatan kini tertumpu kepada kesahihan laporan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi.

Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *