
17 Julai 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu memberi penekanan yang seimbang antara penguasaan teknologi, pembentukan akhlak, serta pemeliharaan nilai budaya dan agama bagi melahirkan generasi yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.
Beliau berkata, kemajuan teknologi dan inovasi perlu dimanfaatkan sebagai pemacu pembangunan negara, namun aspek pembentukan sahsiah, nilai murni serta jati diri tidak boleh dipinggirkan dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti.
Menurut beliau, tradisi, budaya dan agama perlu terus dipelihara sebagai tunjang utama pendidikan dalam kerangka Malaysia MADANI, agar kemajuan yang dicapai sentiasa berpaksikan nilai kemanusiaan, perpaduan dan tanggungjawab.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa keseimbangan antara kecemerlangan akademik, penguasaan teknologi dan pembinaan akhlak merupakan asas penting dalam melahirkan generasi masa depan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
Sumber: RTM
Sorotan : Berita Jendela Madani
