45,722 TANGKAPAN HASIL 44,603 OPERASI: PDRM TERUS PERHEBAT PERANGI PENIPUAN DALAM TALIAN

21 Julai 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh tindakan membanteras sindiket penipuan dalam talian melalui operasi bersepadu, aktiviti risikan, kerjasama rentas agensi dan penguatkuasaan secara berterusan. Pendekatan menyeluruh ini dilaksanakan bagi memastikan sindiket jenayah komersial dapat dikesan, ditumpaskan dan dihadapkan ke muka pengadilan, sekali gus meningkatkan keselamatan serta keyakinan rakyat terhadap sistem penguatkuasaan negara.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap jenayah penipuan dalam talian. KDN menerusi PDRM akan terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan, memperluas kerjasama strategik dan memanfaatkan teknologi bagi melindungi rakyat daripada ancaman scam.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Bagi tempoh 2024 hingga Jun 2026, PDRM telah melaksanakan sebanyak 44,603 operasi berkaitan jenayah dalam talian yang membawa kepada 45,722 tangkapan. Daripada jumlah tersebut, 14,547 tangkapan direkodkan pada tahun 2024, meningkat kepada 20,292 tangkapan pada tahun 2025, manakala 10,883 tangkapan direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

Kejayaan ini didorong oleh pelaksanaan operasi bersepadu secara konsisten, aktiviti risikan yang diperkasakan, kerjasama strategik bersama National Scam Response Centre (NSRC), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), institusi kewangan serta agensi berkaitan. Pendekatan bersepadu ini membolehkan tindakan pengesanan, siasatan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan dalam mengekang jenayah penipuan dalam talian.

Sumber:
Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Negara, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 21 Julai 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *