TVET PEMANGKIN PELUANG, PEMULIHAN DIPERKASA

25 Julai 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Penjara Malaysia terus memperkasa agenda pemulihan prospek melalui pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pendekatan strategik untuk membina kemahiran, meningkatkan kebolehpasaran serta menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik selepas prospek kembali ke dalam masyarakat.

“Setiap individu berhak diberikan peluang untuk bangkit semula. Melalui TVET, kita bukan sahaja membentuk kemahiran, malah membina keyakinan, maruah diri dan masa depan yang lebih baik demi kesejahteraan masyarakat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Ketika ini, 33 Pusat Vokasional Industri (PVI) di institusi penjara seluruh negara melaksanakan latihan TVET menggunakan pendekatan Teaching Factory dan Work Based Learning (WBL) yang memberi pendedahan kepada suasana pekerjaan sebenar.

Pendekatan ini membolehkan prospek memperoleh kemahiran yang diiktiraf industri, pengalaman kerja praktikal serta meningkatkan kesiapsiagaan mereka untuk memasuki alam pekerjaan.

Komitmen KDN melalui Jabatan Penjara Malaysia mencerminkan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh proses pemulihan prospek secara menyeluruh, sekali gus membuka ruang kepada kehidupan yang lebih produktif, berdikari dan mampu menyumbang semula kepada pembangunan negara.

Sumber: Pertanyaan Jawab Lisan, Dewan Negara, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 23 Julai 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *