๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan tahanan pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, Sepang, Selangor pada 23 Julai 2026.

Operasi pemindahan ini telah dilaksanakan oleh Unit Pemindahan dengan dibantu oleh Pasukan Iringkawal Depot Imigresen Ajil. Pemindahan melibatkan seramai 25 orang tahanan dengan lingkungan umur antara 17 hingga 50 tahun.

Pecahan tahanan terdiri daripada 22 lelaki, dua perempuan dan seorang remaja lelaki. Pecahan warganegara melibatkan 17 orang warganegara Indonesia, tiga orang warganegara Laos, tiga orang warganegara Bangladesh, seorang warganegara Nepal dan seorang warganegara India.

Pemindahan ini turut melibatkan Program RENTAN bagi tahanan warganegara Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Tahanan rentan merujuk kepada golongan di Depot Imigresen yang memerlukan perhatian khas dan perlindungan lebih, termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, individu sakit serta orang kurang upaya (OKU).

Kesemua tahanan telah selesai melalui proses perundangan dan menjalani hukuman masing-masing serta dikenakan tindakan senarai hitam mengikut kesalahan di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan tugas pemindahan tahanan secara teratur, selamat dan berhemah demi menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *