ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐀𝐒 πŒπ„ππ†π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€π‘π“π€ππ€π“ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

PUTRAJAYA, 28 Julai 2026 – β€œMenggapai di langit, mengakar ke bumi” bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi tekad Kerajaan MADANI dalam memastikan sistem pendidikan negara terus menjadi pemacu utama pembangunan modal insan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menegaskan bahawa pendidikan merupakan keutamaan negara dalam mendepani era digital, kecerdasan buatan (AI), STEM dan TVET. Kejayaan Malaysia pada masa hadapan bergantung kepada kesungguhan seluruh warga pendidik dalam membentuk generasi yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan berdaya saing di peringkat global.

Dalam Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan, beliau turut menekankan kepentingan memastikan akses pendidikan yang adil dan saksama untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau lokasi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menjunjung nilai ihsan, keadilan dan kemampanan.

Beliau turut mengumumkan bahawa bantuan persekolahan RM150 akan diperluaskan kepada lebih 30,000 pelajar Tingkatan 6, sebagai langkah memastikan kebajikan dan akses pendidikan yang lebih menyeluruh.

Kerajaan akan terus memperkukuh agenda reformasi pendidikan negara agar setiap anak Malaysia memperoleh peluang terbaik untuk mencapai potensi mereka, sekali gus menyumbang kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang maju, bersatu dan berdaya tahan.

PMO Malaysia
Shamsul Azri bin Abu Bakar

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *