π†π‹π€π’π†πŽπ—ͺ πŸπŸŽπŸπŸ”: πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ π’π˜π€π‡πŒπˆ π’π”πŒππ€ππ† π„πŒπ€π’ πŠπ„π„ππ€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐏𝐀𝐃𝐀 ππ„ππ€πŒππˆπ‹π€π ππ„π‘π“π€πŒπ€

30 Julai 2026

Atlet angkat berat negara Mohamad Syahmi Nor Ghazali melakar sejarah pada penampilan pertamanya di Sukan Komanwel selepas memenangi pingat emas bagi kategori 94 kilogram (kg) lelaki pada edisi Glasgow 2026 di Glasgow hari ini.

Pada aksi di Scottish Event Campus Armadillo, pemenang pingat perak Sukan SEA 2025 itu tampil cemerlang untuk mengungguli saingan dengan jumlah angkatan keseluruhan 347kg, hasil 150kg dalam acara snatch dan 197kg dalam clean and jerk yang juga rekod baharu temasya.

Mohamad Syahmi mengatasi Alex Bellemarre dari Kanada yang meraih perak dengan angkatan 346kg selepas melakukan 159kg dalam snatch dan 187kg clean and jerk manakala gangsa menjadi milik Oliver Riley Saxton dari Australia selepas mencatat 336kg (156kg snatch dan 180kg clean and jerk).

Emas berkenaan turut menjadi pencapaian terbesar dalam karier atlet berusia 22 tahun itu setakat ini selepas kejayaannya pada Sukan SEA.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *