





PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menzahirkan penghormatan kepada seluruh wira negara yang telah berkorban mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air menerusi Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini.
Bertemakan ‘Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan’, istiadat tersebut mengimbau kembali pengorbanan tujuh perwira yang gugur dalam tragedi berdarah Ulu Legong lebih empat dekad lalu, sekali gus mengangkat semangat juang anggota keselamatan yang sentiasa mempertahankan negara.
Majlis ini turut disempurnakan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail. Turut hadir YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri; YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN.
KDN bersama seluruh warga agensinya akan terus menggalas amanah dalam memperkukuh keselamatan dan memastikan Malaysia kekal aman, selamat dan berdaulat.
