
PUTRAJAYA, 31 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap empat laporan berkaitan dakwaan pemberian wang tunai sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, dua laporan melibatkan calon manakala dua lagi membabitkan pengundi awal.
Menurut beliau, siasatan akan menentukan sama ada dakwaan berkenaan mempunyai unsur rasuah atau menjurus kepada kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya, berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas SPRM di Putrajaya.
