

3 Ogos 2026
Empat individu maut, manakala seorang kanak-kanak cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke Pintu Gerbang Janda Baik, Bentong, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 12.30 tengah hari.
Beliau berkata ketika kejadian kesemua mangsa berada di dalam sebuah kenderaan jenis Ford Raptor.
βMangsa yang maut ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 36 tahun yang merupakan penumpang hadapan bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangkunya, serta seorang lagi lelaki berusia 40 tahun yang duduk di bahagian belakang,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berada di tempat duduk belakang cedera dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.
βKanak-kanak itu dipercayai merupakan kembar kepada kanak-kanak yang maut berdasarkan identiti yang ditemukan,β katanya.
πΈ JBPM Pahang
