HARGA PETROL DAN DIESEL TANPA SUBSIDI TURUN 5 SEN BAGI TEMPOH 6 HINGGA 12 OGOS 2026

PUTRAJAYA, 5 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI menetapkan penurunan 5 sen seliter bagi harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi untuk tempoh 6 Ogos hingga 12 Ogos 2026, selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa walaupun harga minyak mentah Brent melepasi AS$90 setong pada minggu lalu, penurunan harga pada penghujung tempoh pengiraan APM telah membawa kepada pengurangan harga petroleum tanpa subsidi bagi minggu berkenaan.

Penetapan harga bagi 6 hingga 12 Ogos 2026 adalah seperti berikut:

β›½ RON97: RM4.35 seliter β€” turun 5 sen

β›½ RON95 tanpa subsidi: RM3.77 seliter β€” turun 5 sen

β›½ RON95 bersubsidi (BUDI95): kekal RM1.99 seliter

β›½ Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS): kekal RM2.05 seliter

πŸš› Diesel tanpa subsidi: RM4.57 seliter β€” turun 5 sen

πŸš› Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS): kekal RM2.15 seliter

πŸš› BUDI Diesel: kekal RM2.10 seliter.

Penurunan tersebut bermakna RON97 berkurang daripada RM4.40 kepada RM4.35 seliter, RON95 tanpa subsidi daripada RM3.82 kepada RM3.77 seliter, manakala diesel tanpa subsidi turun daripada RM4.62 kepada RM4.57 seliter.

Pada masa sama, pengekalan harga bahan api bersubsidi secara bersasar mencerminkan pendekatan kerajaan dalam melindungi kumpulan yang layak daripada kesan turun naik pasaran petroleum, sementara harga tanpa subsidi terus diselaraskan mengikut mekanisme APM.

Kementerian Kewangan turut menyeru rakyat supaya menggunakan bahan api secara berhemat, termasuk merancang perjalanan dengan lebih cekap dan mengurangkan perjalanan yang tidak perlu. Langkah tersebut dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan bahan api negara serta perbelanjaan subsidi.

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah dalam mengurus perubahan harga petroleum, dengan mengambil kira kepentingan rakyat, kedudukan fiskal serta keperluan memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

HARGA TANPA SUBSIDI TURUN, SUBSIDI BERSASAR KEKAL β€” KEBAJIKAN RAKYAT TERUS DIBERI PERHATIAN.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Sorotan Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *