
8 Ogos 2026
ALOR SETAR – Dua mangsa culik berjaya diselamatkan dalam satu operasi khas polis di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, pada Jumaat.
Operasi yang dijalankan kira-kira jam 8.40 malam itu menyaksikan dua suspek dipercayai warga asing maut selepas berlaku insiden berbalas tembakan dengan pasukan Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
OPERASI MENYELAMATKAN MANGSA
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, suspek terlebih dahulu melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis ketika pasukan serbuan menjalankan operasi menyelamat mangsa.
Pasukan polis kemudian membalas tembakan bagi mempertahankan diri sehingga ancaman keselamatan berjaya ditamatkan.
