
KUALA LUMPUR, 10 Ogos β Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda selatan Sumatera, Indonesia pada kira-kira 11.15 malam Ahad, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada kedalaman 78 kilometer di koordinat enam darjah selatan dan 102.4 darjah timur.
Lokasi gempa bumi berada kira-kira 239 kilometer barat daya dari Pagar Alam, Indonesia.
Menurut METMalaysia, kejadian berkenaan tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
