129,492 PELANCONG KE ESSZONE, KEYAKINAN MEMBUKA POTENSI SABAH

13 Ogos 2026

Keyakinan terhadap keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZone) terus membuka ruang kepada perkembangan sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Setakat Jun 2026, sebanyak 129,492 pelancong direkodkan berkunjung ke ESSZone, mencerminkan potensi besar Pantai Timur Sabah sebagai destinasi berteraskan alam semula jadi, biodiversiti dan pemuliharaan bertaraf dunia.

โ€œKita mahu dunia melihat ESSZone berdasarkan realiti semasa โ€” sebuah kawasan yang selamat, stabil dan mempunyai potensi besar untuk pelancongan serta pembangunan mampan.โ€ โ€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

ESSZone menawarkan keunikan tersendiri melalui khazanah pulau dan pantai, hutan tropika, biodiversiti, pemuliharaan hidupan liar serta warisan Sabah. Antara tarikan utama ialah Rainforest Discovery Centre, Bornean Sun Bear Conservation Centre, Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre dan Agnes Keith House, selain destinasi pulau serta kawasan konservasi di sekitar Sandakan.

Keselamatan yang terpelihara membolehkan sektor pelancongan berkembang dalam persekitaran yang lebih kondusif, sekali gus memberi manfaat kepada pengusaha tempatan, komuniti, industri hospitaliti dan rantaian ekonomi Sabah. Inilah hubungan penting antara keselamatan, keyakinan dan kemakmuran yang terus diperkukuh melalui kerjasama KDN, ESSCOM, Kerajaan Negeri Sabah serta agensi keselamatan.

KDN pada masa sama menghormati hak setiap negara untuk menetapkan nasihat perjalanan masing-masing. Usaha berterusan adalah untuk menyediakan maklumat yang tepat, terkini dan gambaran menyeluruh mengenai keadaan sebenar ESSZone, supaya sebarang penilaian dapat dibuat berasaskan fakta dan situasi keselamatan semasa.

Keselamatan membina keyakinan. Keyakinan membuka potensi. Potensi membawa kemakmuran.

Sumber: Program Tinjauan ESSCOM Sandakan | 7 Ogos 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *