MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KDN TAHUN 2026 PERKUKUH KERJASAMA PENGURUSAN DAN WARGA KERJA

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KDN Tahun 2026.

Mesyuarat MBJ menjadi platform rasmi perbincangan dua hala antara pihak pengurusan dan pihak pekerja dalam memastikan aspek kebajikan warga kerja, pengurusan sumber manusia serta persekitaran kerja terus diberi perhatian.

Perbincangan turut meliputi usul, pandangan dan cadangan berkaitan kebajikan, sumber manusia, infrastruktur dan fasiliti serta penambahbaikan persekitaran dan urusan kerja bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan KDN.

Mesyuarat turut dihadiri YBrs. Puan Norazlin binti Alias, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia; YBrs. Encik Ahmad Nizam bin Norali, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan; YBrs. Encik Wan Saifulikhmal bin Wan Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Kewangan; YBrs. Puan Norkhanizan binti Manaf, Setiausaha Bahagian Unit Komunikasi Korporat; YBrs. Encik Hairil Annuar bin Md Salleh, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat serta wakil-wakil pihak pekerja.

Pelaksanaan MBJ mencerminkan komitmen KDN untuk memperkukuh komunikasi, kerjasama dan hubungan harmoni antara pihak pengurusan dengan warga kerja, di samping memastikan pandangan serta keperluan warga KDN dapat diberi perhatian sewajarnya.

Pendekatan ini juga penting dalam membentuk persekitaran kerja yang kondusif, meningkatkan kecekapan organisasi dan seterusnya menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti kepada rakyat.

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Sorotan Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *