
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan rangkaian penyimpanan dan pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerusi Op Taring Alpha 1, dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM1.66 juta.
Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas, Bahagian Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi berasaskan risikan itu dijalankan pada Isnin antara 12 tengah hari hingga 1.30 petang.
Serbuan pertama di Desa Petaling membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar rokok dan penjaga stor.
Hasil pemeriksaan menemukan 553 karton rokok yang disyaki tidak bercukai kastam, selain sebuah kenderaan dan dua unit telefon bimbit turut disita.
Hasil soal siasat suspek kemudiannya membawa pihak berkuasa ke sebuah lagi premis di Putra Heights yang dipercayai digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara, dengan 1,190 karton rokok ditemukan di premis berkenaan.
Dalam serbuan ketiga di sekitar Desa Petaling, seorang lagi suspek lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar rokok turut ditahan.
Sebanyak 372 karton rokok ditemukan dalam serbuan itu, selain sebuah kenderaan dan tiga unit telefon bimbit turut disita.
Secara keseluruhan, ketiga-tiga serbuan menghasilkan rampasan sebanyak 2,115 karton rokok pelbagai jenama, dua buah kenderaan serta lima unit telefon bimbit.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai telah terlibat dalam kegiatan berkenaan masing-masing selama enam dan sembilan bulan.
Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Sejak Op Taring Alpha 1 dilaksanakan, PDRM telah merekodkan 13 kes dengan 17 tangkapan serta nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM9.61 juta.
Datuk Mohd Zaki menegaskan usaha risikan dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta pengedaran barangan tidak bercukai yang boleh menyebabkan ketirisan hasil negara dan menyumbang kepada perkembangan jenayah terancang.
PDRM tumpaskan rangkaian penyeludupan rokok tidak bercukai bernilai RM1.66 juta
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan rangkaian penyimpanan dan pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerusi Op Taring Alpha 1, dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM1.66 juta.
Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas, Bahagian Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi berasaskan risikan itu dijalankan pada Isnin antara 12 tengah hari hingga 1.30 petang.
Menurut beliau, serbuan pertama di Desa Petaling membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar rokok dan penjaga stor.
“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 553 karton rokok yang disyaki tidak bercukai kastam. Sebuah kenderaan dan dua unit telefon bimbit turut disita,” katanya menerusi kenyataan.
Hasil soal siasat terhadap suspek kemudiannya membawa pihak berkuasa ke sebuah lagi premis di Putra Heights yang dipercayai digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara, dengan 1,190 karton rokok ditemukan di situ.
Dalam serbuan ketiga di sekitar Desa Petaling pula, seorang lagi lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar rokok turut ditahan.
“Sebanyak 372 karton rokok ditemukan bersama sebuah kenderaan serta tiga unit telefon bimbit,” katanya.
Keseluruhannya, tiga serbuan tersebut membawa kepada rampasan 2,115 karton rokok pelbagai jenama, dua kenderaan dan lima unit telefon bimbit.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai telah terbabit dalam kegiatan berkenaan masing-masing selama enam dan sembilan bulan.
Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
USAHA RISIKAN
Sementara itu, sejak Op Taring Alpha 1 dilaksanakan, PDRM telah merekodkan 13 kes dengan 17 tangkapan serta nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM9.61 juta.
Datuk Mohd Zaki menegaskan usaha risikan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta pengedaran barangan tidak bercukai yang boleh menyebabkan ketirisan hasil negara dan menyumbang kepada perkembangan jenayah terancang.
