TARIKH PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 akan dilaksanakan seperti yang
berikut:

Tarikh Ujian/Peperiksaan

26 – 29 Oktober 2026
Ujian Bertutur Bahasa Melayu

02 – 05 November 2026
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris

16 – 18 November 2026
Ujian Amali Sains

23 November 2026 –
17 Disember 2026
Peperiksaan Bertulis

30 November 2026
Ujian Mendengar Bahasa Melayu

01 Disember 2026
Ujian Mendengar Bahasa Inggeris

Secara keseluruhan, seramai 420,879 orang calon telah mendaftar untuk
menduduki peperiksaan SPM Tahun 2026 di 3,334 buah pusat peperiksaan
seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu
peperiksaan SPM Tahun 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.

KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan
SPM Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *