Gempa Indonesia: 70 maut, ratusan mangsa cedera dirawat dalam serba kekurangan

FLORES, 18 Ogos – Gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Sabtu mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang, manakala ribuan penduduk terpaksa dipindahkan susulan bencana berkenaan.

Di kampung Dampek, seorang doktor terpaksa merawat sekurang-kurangnya 200 mangsa yang cedera seorang diri selepas klinik kesihatan tempatan musnah sepenuhnya akibat gegaran.

Doktor Melinda Bella berkata, beliau hanya sempat menyelamatkan diri dengan membawa stetoskop sebelum berdepan kemasukan pesakit dalam keadaan kritikal, termasuk mangsa mengalami keretakan tengkorak dan kecederaan otak.

Keadaan menjadi lebih mencabar apabila klinik sementara berdepan kekurangan ubat-ubatan, peralatan perubatan, katil hospital serta bekalan keperluan asas.

Sementara itu, lebih 3,500 anggota tentera dan polis dikerahkan bagi membantu operasi bantuan dan pemindahan mangsa.

Sebahagian penduduk masih berlindung di khemah di kawasan terbuka kerana bimbang terhadap kemungkinan gegaran susulan.

Kerajaan Nusa Tenggara Timur turut mengisytiharkan keadaan darurat bagi membolehkan sumber serta peruntukan kewangan digerakkan dengan segera untuk operasi bantuan.

Bencana itu disifatkan antara yang paling buruk melanda Indonesia sejak gempa bumi di Jawa Barat pada 2022.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *