𝐍𝐀𝐇𝐀𝐒 πŠπ„ππƒπ„π‘π€π€π π‰πˆπŒ: 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 π“πˆπ†π€ ππ„π‘π€ππ€πŠ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πƒπˆπŠπ„ππ”πŒπˆπŠπ€π

19 Ogos 2026

Perak Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail di ibu negara pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Air Hitam Labu, malam ini.

Jenazah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, dikebumikan dalam satu liang lahat pada 11 malam.

Kira-kira 300 penduduk kampung dan kenalan yang hadir menunggu sehingga selesai proses pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah pesara tentera bersama dua anaknya itu selesai menjalani bedah siasat di Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur dan solat jenazah di Masjid Jamiul Ehsan Jalan Pahang.

Sementara itu, isterinya Norhayati Razali, 55, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *