

21 Ogos 2026
PetalingJaya : Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiri tayangan khas filem Last Dive, bersama-sama komuniti orang kurang upaya (OKU) Selangor, malam ini.
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor merangkap Pengerusi YANIS Anfaal Saari berkata tayangan khas itu, membawa tiga mesej utama, iaitu pemerkasaan golongan OKU, kelestarian alam sekitar dan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Baginda yang juga Penaung Diraja Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), menyaksikan filem berkenaan bersama dengan komuniti OKU, anak istimewa dan keluarga mereka.
πΈ fotoBERNAMA
