
TUMPAT, 25 Ogos – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 688kg beras Thailand pelbagai jenama bernilai keseluruhan kira-kira RM22,752, termasuk sebuah van, dalam pemeriksaan di Jalan Terbok-Tumpat, semalam.
Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan beras yang dipercayai dibawa dari Pengkalan Haram Ular untuk dijual di sekitar Tumpat.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai aktif menyeludup beras sejak awal tahun dan berurusan dengan seorang tauke di Thailand dikenali sebagai ‘Kori’.
Kes diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan (KSPBN) dan disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.
