
ISTANBUL, 25 Ogos – Artifak batu berukir nama Nabi Muhammad SAW sebanyak enam kali dalam tulisan Kufi ditemukan di tapak arkeologi purba Ani, timur Türkiye.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Türkiye Mehmet Nuri Ersoy berkata, tiga ukiran nama berkenaan terdapat pada jalur hiasan mengelilingi bintang bersudut lapan.
Batu yang dipercayai berasal dari menara makam Seljuk itu ditemukan ketika penggalian di tapak perkuburan Seljuk yang dijalankan sejak 2021.
Ani di Wilayah Kars, berhampiran sempadan Türkiye-Armenia, merupakan bekas persimpangan penting Laluan Sutera dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2016.
