17 rakyat Malaysia hilang susulan banjir besar Nepal

KATHMANDU, 26 Ogos – Seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan antara ratusan warga asing yang hilang susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal.

Menurut Lembaga Pelancongan Nepal, 291 warga asing dan 93 warga Nepal masih belum dapat dihubungi. Polis dan pengendali pelancongan sedang giat mengesan mereka.

Kementerian Luar Malaysia memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menyelaras usaha dengan pihak berkuasa Nepal bagi mengesan rakyat Malaysia yang terjejas.

Banjir akibat limpahan Sungai Bhote Koshi menghanyutkan kampung serta memusnahkan jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure.

Antara warga asing lain yang hilang termasuk 142 rakyat India, selain warga Britain, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *