Banjir Nepal-Tibet: 160 maut, lebih 400 pelancong hilang

KATHMANDU, 27 Ogos – Sekurang-kurangnya 160 maut manakala ratusan lagi masih hilang dalam banjir besar dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Polis Nepal memaklumkan 157 mayat telah ditemukan, dengan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

Kementerian Pelancongan Nepal pula melaporkan 403 pelancong, termasuk 341 warga asing, masih belum dapat dikesan. Antaranya 142 warga India serta pelancong dari Malaysia, Australia, Britain dan beberapa negara lain.

Di Tibet, media kerajaan China melaporkan tiga maut manakala 265 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *