JIM Johor tahan 69 warga asing dalam enam operasi di Kulai

KULAI, 29 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 69 warga asing dan dua warga tempatan dalam enam operasi penguatkuasaan di beberapa lokasi di Kulai pada Jumaat.

Operasi melibatkan Op Mahir, Op Selera, Op Kutip, Op Minyak, Op Belanja dan Op Sapu, yang menyasarkan kilang, premis makanan, pusat cucian kenderaan serta rumah kedai yang dipercayai dijadikan tempat tinggal.

Kesemua warga asing berusia 24 hingga 45 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tangkapan membabitkan 32 warga Myanmar, 13 Nepal, lapan Indonesia, tujuh Bangladesh, lima Pakistan dan empat India.

Dua warga tempatan yang ditahan pula merupakan pegawai sumber manusia di sebuah kilang. Sebanyak tujuh Borang 29 turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *