Feri karam di utara Cyprus: Tujuh maut, 23 masih hilang

KYRENIA, 30 Ogos – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 23 lagi masih hilang selepas sebuah feri penumpang yang membawa 267 orang karam kira-kira 6.5 kilometer dari pantai utara Cyprus, hari ini.

Feri yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kyrenia menuju Pelabuhan Tasucu, Turkiye, tenggelam sepenuhnya pada kedalaman kira-kira 514 meter.

Perdana Menteri Republik Turki Cyprus Utara (TRNC), Unal Ustel, berkata 172 orang berjaya diselamatkan, manakala 161 mangsa menerima rawatan di hospital.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan penglibatan bot tempatan serta enam kapal tentera laut Turkiye.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Seorang mangsa yang terselamat mendakwa berlaku letupan di bahagian hadapan feri sebelum kapal terbalik dan mula dimasuki air, namun dakwaan itu belum disahkan pihak berkuasa.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, berkata usaha mencari mangsa yang masih hilang diteruskan tanpa henti, manakala Ankara menyediakan segala bantuan diperlukan.

TRNC hanya diiktiraf sebagai sebuah negara oleh Turkiye dan bergantung kepada Ankara bagi hubungan pengangkutan serta bantuan dalam operasi kecemasan. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *