Zelensky: Ruang udara Rusia semakin tidak selamat

KYIV, 2 September – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberi amaran ruang udara Rusia akan terus berdepan ancaman dron sepanjang perang, sekali gus tidak lagi selamat untuk penerbangan awam.

Beliau menegaskan Ukraine tidak menyasarkan penerbangan awam, namun syarikat penerbangan, syarikat insurans dan pengendali lapangan terbang perlu mengambil serius risiko keselamatan udara Rusia.

Zelensky turut berkata Ukraine bersedia menghentikan operasi dron di kawasan tertentu bagi tempoh dipersetujui jika ia membantu usaha diplomasi dan rundingan.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan kenyataan tersebut sebagai “pengisytiharan keganasan negara”, sambil menegaskan Moscow tidak akan berunding dengan pihak yang dianggapnya pengganas.

Ketegangan terus meningkat selepas lebih empat tahun perang, dengan serangan dron Ukraine turut menyebabkan gangguan penerbangan di beberapa lapangan terbang Rusia. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *