π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—: 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† ππ„π‘πŠπˆππ€π‘ πŒπ„π†π€π‡ πƒπˆ π„πŒππ€π“ πŒπ„π‘π‚π” 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 πƒπˆ 𝐐𝐀𝐓𝐀𝐑

1 September 2026

Sambutan Hari Kebangasaan ke-69 diraikan meriah di Qatar apabila kibaran Jalur Gemilang menghiasi empat mercu tanda utama di Doha pada 31 Ogos lepas, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bermastautin di negara itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha dalam satu kenyataan berkata bendera Malaysia dipancarkan melalui lampu LED di bangunan Torch Tower, Hotel Sheraton Doha, The View Hospital dan papan LED terbesar di Port Mina Doha.

β€œInisiatif untuk mengibarkan Jalur Gemilang di empat mercu tanda penting Qatar adalah hasil usaha pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha,” menurut kenyataan itu.

Katanya, inisiatif itu juga mendapat kerjasama penuh dari pihak Kementerian Luar Negeri Qatar serta pengurusan Torch Tower, Sheraton Hotel Doha, The View Hospital dan Qatar National Museum.

Pihak kedutaan turut menganjurkan pertandingan fotografi dan menawarkan hadiah menarik kepada warga Malaysia yang berjaya mengabadikan kenangan terbaik ketika Jalur Gemilang berkibar di mercu tanda terbabit.

Katanya, terdapat kira-kira 6,300 rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar.

πŸ“Έ Malawakil Doha, Qatar

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *