[ππŽπ“πˆπ…πˆπŠπ€π’πˆ π”πŒπ”πŒ] 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πƒπˆ π‹πˆππ“π€π’π€π π’π„πŒππ€πƒπ€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€-π’πˆππ†π€ππ”π‘π€ π’π„πŒππ„ππ€ π‚π”π“πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π π’πˆππ†π€ππ”π‘π€

Aliran trafik pengembara dan kenderaan telah mula bertambah di laluan Tambak Johor termasuk di Linkedua sempena cuti persekolahan Singapura yang akan bermula pada 5 September 2026 hingga 13 September 2026. Seperti biasa semua kaunter pemeriksaan sama ada secara manual atau automatik akan beroperasi pada tahap optimum untuk menampung peningkatan aliran trafik yang dijangka akan terus meningkat pada petang ini. Ikuti panduan yang disediakan ini sebagai langkah awal sebelum memulakan perjalanan.

Semua pengembara juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi MyNIISe melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery bagi menggunakan kemudahan pemeriksaan secara digital di lorong khas yang telah disediakan.

PERINGATAN MESRA:

❗️Pastikan dokumen perjalanan anda teratur dan masih dalam sah laku sebelum memasuki kaunter pemeriksaan imigresen.
❗️Kemukakan visa bagi negara yang memerlukan visa.
❗️Tambah nilai kad Touch ‘N Go dan pastikan baki kad anda mencukupi sebelum tiba ke Bangunan Sultan Iskandar.
❗️Anda diwajibkan menyemak status kelayakan di portal MALAYSIA DIGITAL ARRIVAL CARD (MDAC) dan mengisi butiran perjalanan sebelum tiba di Bangunan Sultan Iskandar.
Untuk keselesaan serta keselamatan bersama, patuhi segala panduan atau arahan berkaitan yang dipaparkan dan beri laluan kepada yang lebih memerlukan. Kesabaran anda amat dihargai.

Klik butang 𝑭𝑢𝑳𝑳𝑢𝑾 dan 𝑳𝑰𝑲𝑬 Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *