
KUALA LUMPUR, 3 September β Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan kepada persatuan untuk menentukan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif pada 17 September ini.
Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, calon yang dipilih perlu mempunyai kemampuan untuk memacu perubahan, bekerja secara berkumpulan serta mengangkat semula prestasi bola sepak negara di peringkat antarabangsa.
Beliau berharap barisan kepimpinan baharu FAM dapat membentuk pasukan yang mantap dan memberi fokus kepada usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.
Pemilihan itu akan menentukan pengisian jawatan penting dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029.
