Malaysia sasar Macau sebagai rakan strategik rantaian nilai serantau

KUALA LUMPUR, 3 September – Malaysia mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan perusahaan dari Macau dengan beralih daripada hubungan pembeli dan penjual kepada perkongsian strategik dalam rantaian nilai serantau.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata Malaysia kini berperanan sebagai rakan strategik bernilai tinggi dalam sektor pembuatan, teknologi dan inovasi.

Malaysia turut menggalakkan syarikat Macau membuka operasi pembuatan serantau, pusat R&D dan kemudahan ujian klinikal dengan memanfaatkan kepakaran serta tenaga kerja tempatan.

Kerjasama itu selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan boleh diperluas kepada pembangunan hab perkhidmatan serta penyelenggaraan bagi menyokong infrastruktur ASEAN.

Pertemuan bersama pemimpin perniagaan Malaysia dan Macau yang dipengerusikan bersama Sim dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau, Sam Hou Fai, turut menjadi platform meneroka peluang baharu dalam sektor bernilai tinggi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *