PKD-NADI PERKUKUH KERJASAMA, PERKASA TRANSFORMASI DIGITAL KOMUNITI LUAR BANDAR

CYBERJAYA, 7 September 2026 – Kerjasama strategik antara Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Kementerian Komunikasi diperkukuh bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta memperkasa komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.

Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil, berkata kerjasama itu selaras dengan semangat Kerajaan MADANI yang mengutamakan sinergi, pengoptimuman sumber dan penyampaian perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 1,099 NADI beroperasi di seluruh negara dengan lebih dua juta pengguna, menunjukkan peranan NADI yang semakin berkembang sebagai pusat maklumat dan pemerkasaan komuniti.

“NADI bukan lagi sekadar tempat menyediakan komputer dan capaian Internet, sebaliknya telah berkembang sebagai pusat maklumat dan pemerkasaan komuniti yang menghubungkan rakyat dengan kemahiran, peluang serta perkhidmatan Kerajaan,” katanya semasa berucap sempena sesi pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik PKD dan NADI di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya .

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *