Jenazah Dr Ainul Baraah dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan

KOTA BHARU, 10 September – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, akan dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper.

Bapanya, Kamarudin Salleh, 69, berkata jenazah anaknya akan disembahyangkan di Masjid Al Karamah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa, sebelum urusan pengebumian dilaksanakan.

Waktu ketibaan jenazah dari Miri ke Kota Bharu masih belum dipastikan.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, helikopter BO-105 yang menjalankan perkhidmatan doktor udara terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Ulu Baram.

Kesemua lima individu di dalam helikopter, termasuk Dr Ainul Baraah, juruterbang dan tiga petugas kesihatan, disahkan meninggal dunia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *