Iran, negara Teluk bertemu di Oman bincang masa depan Selat Hormuz

TEHRAN, 12 September – Iran dijadual mengadakan pertemuan dengan Iraq dan negara-negara pesisir Teluk di Oman pada Isnin bagi membincangkan isu strategik serta keselamatan Selat Hormuz.

Pertemuan itu bertujuan meningkatkan persefahaman dan memperkukuh kerjasama keselamatan serantau susulan konflik Asia Barat yang berlarutan sejak 28 Februari.

Iran sebelum ini menyekat Selat Hormuz, laluan penting yang membawa kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia. Tehran kini mewajibkan kapal mendapatkan kebenaran sebelum melalui selat berkenaan dan sedang mempertimbangkan pengenaan bayaran perkhidmatan.

Sekatan itu terus memberi tekanan kepada pasaran minyak dunia, dengan harga minyak dilaporkan melebihi AS$100 setong minggu ini.

Oman dan Iran, yang mempunyai garis pantai di Selat Hormuz, turut mengadakan perbincangan bagi mencari mekanisme pengurusan laluan strategik itu pada masa depan.- AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *